Contest Aku Berpuisi - BELUM BERTAJUK

Salam dan selamat sejahtera.

Sepanjang berblogging memang belum pernah menyertai apa-apa contest lagi setakat ni. Mula mula saje je blogwalking. Entah macamana terbuka blog mohamadazhan.com ni. Kebetulan ada sticky post berkenaan Contest Aku Berpuisi blog beliau. Festaim buad pulak tu. Aku pun festaim drop blog dia. So why not if I give it a try kan? Dah terlanjur festaim tinggal jejak, nak juga support contest festaim dia dengan festaim aku join contest tu. Hihi.

So ni lah banner contest yang perlu ditepek di entry

Ni pulak syarat2 penyertaan. Aku malas nak retaip, so kopipes je. Ehheh.

Syarat-syarat penyertaan
1. Tema Puisi adalah bebas, bergantung kepada kreativiti anda. Yang paling penting puisi  bermesej dan asli. (Cadangan tema: Kemanusiaan, Palestin, Agama, Nasihat, Politik)

2. Wujudkan satu entri puisi di blog anda disertakan dengan Banner Contest Aku Berpuisi & Tajuk entri"Contest Aku Berpuisi-Tajuk Puisi Anda". (Contoh tajuk: Contest Aku Berpuisi-Jasa Guru)

3. Tinggalkan link pada ruangan komen entri Contest Aku Berpuisi.

4. Tag 3 orang kenalan blog 

5. Tarikh Akhir 16 Ogos 2011

                                                                         ************

Tema Puisi : Onak Ranjau Kehidupan

Tajuk Puisi : Belum Bertajuk


BELUM BERTAJUK

Coretkan di atas layar putih ini
Segala jerit hiba dakwat tangis
Melakar ejek slapstik
Dan raut jengkel
Ufuk Barat menanti jingganya garisan senja
Ayam di Timur baru usai berkokok
Baginya entah di mana harus diletakkan dirinya
Tangan berurat itu memegang berus kayu; layu

Tumpahan lekar jernih di atas kanvas
Memendam sedikit rasa kelat
Pada seni tak langsung hasil pengalaman
Berus keras mencalarkan
Berus lembut sedikit melegakan
Lakaran sanubari yang menghambat benak

Tumpahan lekar sedikit mencela
Figura cacat mencemar seni
Tusukan mata panah tepat ke kalbu; haru-biru
Darah merah pekat menghambur
Di atas kanvas kehidupan yang separa sudah
Serabut bertambah abstrak
Coretan itu berubah kehampaan
Yang tergali jauh tidak terkambus

Tunas-tunas harapan yang baru menjengah
Cuba kembali membenih
Belum pun sempat dilimpahi sinar mentari
Dirobek pula oleh si Hampa rakus
Hilang tidak lagi kelihatan
Bersama sudut kotak hati yang membungkam

Berus kayu terlerai dari genggaman
Butiran air jernih menghempas ke tanah; basah
Punah lah karya cantingan kehidupan
Coretan yang tadi nya separa sudah
Telah pun benar-benar sudah
Noktah

Sinopsis dan mesej puisi :
Hidup seperti sebuah kanvas putih. Diri sendiri sebagai pencoret. Terpulang kepada si pencoret bagaimana dia mahu mencanting warna di atas layar sendiri. Adakala seni yang ingin dicoret menepati kehendak. Adakalanya seni itu tercanting cacat. Pengawalan 'berus kayu' ( matlamat ) yang baik menghasilkan hasil bermutu. Dan begitulah sebaliknya. Dalam puisi ini si pencoret menghadapi onak ranjau yang bertimpa mendatang. Daripada bertahan, dia memilih untuk menyerah. Maka terhentilah sebuah cantingan kehidupan bila pencoretnya enggan lagi menggunakan berus kayunya untuk terus melakar. 

3 Orang blogger yang di tag :

Tu je mungkin setakat ni. Pengalaman pertama menyertai contest. So agak kekok jugalah. :P

11 responses to “Contest Aku Berpuisi - BELUM BERTAJUK

  1. good luck untuk first time join kontest

    nice poem

  2. waaa... contest tulis puisi.. bunyi mcm best.. thanks tags.. nak cr idea gak laa smpna da brbulan2 tak wat entry..hoho.

    btw, good luck!

  3. salam sahabat puisi =)

    Terima kasih atas kesudian menyertai...puisi yang menarik dan penuh mesej supaya memotivasikan hidup dengan kekuatan hati dan jiwa =)

    terukan menulis =)

  4. Ziarah melihat finalis top10 contest aku berpuisi :)..

    tahniah dan gud luck..

    http://www.shakirshafiee.com/v1/2011/07/17/contest-aku-berpuisi-warna-warni-bersih-2-0/

  5. nice one! sarat dgn mesej penuh erti. :)

    tahniah tersenarai dalam top 10! goodluck :)

  6. penuh bermakna..
    tahniah!

    btw, salam perkenalan =))

Followers

Mind Trajectory Author

My photo
Conclusive reality is harsh, isn't it?

Blog Archive

Picks

Total Pageviews

Pages

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
MindTrajectory by Angst. Powered by Blogger.